Sebelum ini penulis pernah menulis mengenai ayam penyet yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Kali ini penulis ingin membawa anda semua untuk menikmati hidangan Ayam Penyet Lamongan yang terletak di Kota Fesyen, MITC Melaka (berhampiran Mydin Mall, MITC). Dengan lokasi yang amat mudah untuk dikunjungi, tidak hairan Ayam Penyet Lamongan cepat mendapat tarikan dari pengunjung-pengunjung yang datang ke MITC. Bagi penggemar ayam penyet, perkara pertama yang dirasa adalah sambal belacan, memang pasti sambal belacan di sini memang pedas dan sungguh menyelerakan. Selain ayam penyet yang menjadi tarikan, terdapat juga hidangan Pecel Lele (Ikan Keli) yang juga sangat sedap dan tidak rugi jika mencubanya. Penulis seperti biasa akan memesan set hidangan ayam penyet sebagai menu makan makan malam jika singgah di sini. Ada pelbagai lagi menu menarik seperti Bakso, Pecel Lele dan sebagainya yang boleh dinikmati. Selamat menjamu selera.
@mkstreet.com
No comments:
Post a Comment