medan ikan bakar ini terletak di pekan Umbai, 20-30 minit perjalanan dari bandar Melaka.
anda boleh baca info di batu peringatan ini, serba sedikit info tentang medan ikan bakar ini...
terdapat sebuah rumah tradisional Melayu Melaka di depan Medan Ikan Bakar...
makcik jangan bimbang ya...sorry snap snap tak perasan makcik kiter... aku terperanjat makcik pon terperanjat... hehe...teruskan makan makcik! banyak lauk pauk atas meja tuh..pasti best!
sebenarnya banyak photo2 menarik dan info tentang
Melaka yang telah aku ambil tetapi masih belom ada kelapangan untuk dimasukkan dalam portal ini.. insyaAllah aku akan kemaskinikan dari masa ke semasa.
sementara itu para pengunjung/ pembaca yang planning untuk datang ke
Melaka dan masih lagi tercari2 tempat tinggal yang selesa untuk seisi keluarga, singgahlah ke Homestay Melaka.
kalau anda dari
bandar Melaka tidak jauh sangat untuk ke sini ambil masa dalam 20 minit sahaja. jalan yang anda perlu anda ambil adalah jalan utama ke Muar, Johor.
dan bagi yang berminat memancing terdapat 2 kelong ikan yang anda mesti singgah.
Kelong Abu di Pulai, Melaka yang baru-baru ini menjadi pilihan pihak media TV3, TV2 dan akhbar tempatan serta
ADUN Serkam,
Datuk Ghazalie adakan liputan dan aktiviti2 setempat. (ada beberapa photo yang sempat diambil tempoh hari,akan kami masukkan dalam portal ini bila kelapangan). Ramai kaki pancing tegar seluruh negara telah singgah di Kelong Abu ini, so sememangnya kami rekomen anda untuk singgah di sini!
dan terdapat sebuah lagi kelong ikan dan kupang yang terletak di
Sebatu, Melaka (arah ke Muar, Johor) yang mendapat jolokan
"Fishing Paradise" Selat Melaka! Tidak kurang hebatnya dan ramai yang datang ke sini akan datang lagi, berpuas hati dengan perkhidmatan yang pengusaha berikan kepada para pengunjung.