Pada cuti hari minggu yang lepas, sewaktu penulis pulang ke kampung halaman di Melaka, penulis sempat makan bersama kawan-kawan di Restoren Asam Pedas Hajjah Mona yang terletak di Taman Kota Laksamana. Suasana di restoren ini sangat sesak (dan sentiasa sesak) dengan peminat-peminat asam pedas yang datang dari luar dan dalam negeri. Penulis mengagak peminat datang dari luar Melaka adalah berdasarkan nombor-nombor pendaftaran kenderaan yang berada disitu.
Sentiasa dipenuhi oleh peminat asam pedas sehingga larut malam.
Masakan asam pedas Tenggiri, Kembong dan Pari.
Asam Pedas Ikan Tenggiri
Secara keseluruhannya, masakan asam pedas di sini sangat menyelerakan sehingga menyebabkan anda tidak cukup sekadar satu hidangan. Itu belum lagi dihirup kuahnya atau di bawa pulang dan dicicah dgn roti atau cucur. Pasti membuatkan pengunjung MKstreet terliur. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk singgah di sini untuk menikmati asam pedas yang sungguh "Power!".
Hidangan Utama: Pelbagai Jenis Masakan Asam Pedas
Harga: Antara RM5- RM8
Tempat Letak Kereta: Mudah
Makanan: 4/5
Servis: 4/5
Keseluruhan: 4/5
P/S: Harap Maaf jika foto kurang menarik kerana di ambil menggunakan kamera telefon bimbit.
@mkstreet.com
@mkstreet.com
No comments:
Post a Comment